Thursday, April 10, 2008

Kanak-kanak


Fasa kehidupan manusia bermula daripada,
Sperma & ovum, Janin Bayi, Kanak-kanak,
Remaja , Belia hinggalah Dewasa.....

Di peringkat kanak-kanak,
kita mula mengenal siapa di sekeliling kita, mengenal siapa di luar lingkungan keluarga kita, mengenali persekitaran setempat, menerokai pesekitaran luar, meresapi ideologi keluarga, jiran, rakan dan orang luar.

Di samping itu,
secara formal kita diajar mengenal dan mengingat abjad, angka, bahasa dan beberapa ilmu untuk dibuat penilaian ke atas ingatan dan akal kita. Kita diminta peka dalam semua interaksi kita dengan pelbagai perkara baru. Kita digalakkan supaya berusaha untuk mencapai kejayaan. Semua yang diperkenalkan kepada kita adalah asas supaya kita boleh berjaya dalam kehidupan.

Inilah dunia kanak-kanak.
Kita sentiasa mendapat peluang, tunjuk ajar, nasihat dan juga kritikan supaya kita membesar seiring wawasan negara untuk menjadi Rakyat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Namun,
kita yang dewasa ini lupa dek kedewasaan kesibukan proses dan kekangan mencari kehidupan harian, untuk menyingkap semula zaman kanak-kanak kita, mencari dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan di zaman kita untuk diperbaiki serta dimajukan demi kesinambungan dan kejayaan untuk diwarisi jenerasi anak cucu kita. Proses perubahan yang kita bawa inilah disebut pengwujudan tamadun samada biasa sahaja ataupun maju di peringkat antarabangsa.

Wajarkah kita memandang sepi pada perubahan ini
demi ketamadunan bangsa dan kemajuan jenerasi anak cucu kita?
Kita perlu jawab persoalan ini.


No comments: