Thursday, April 10, 2008

Seni Visual

Seni visual atau seni lukis
seperti dikenali suatu masa dahulu, adalah satu cabang dalam mata pelajaran pendidikan seni di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pelajaran ini tidak kurang pentingnya berbanding mata pelajaran yang lain.

Seni visual
bukan sahaja mengajar kita menghayati pemandangan semata-mata, bahkan turut sama mengembangkan lagi daya interpretasi individu ke arah lebih terbuka dan matang. Selain itu, seni visual juga mengetengahkan pemahaman kita tentang konsep, bentuk, rupa, warna, kemahiran mengingat, mengecam, berfikir dan berkreatif. Jelasnya, seni visual membantu kita membesar secara lebih seimbang selain keperluan jasmani seperti makan, main, tidur, bergerak dan seumpamanya.

Tidak dapat dinafikan seni visual penting dalam sistem persekolahan Malaysia kerana pelajaran ini telah wujud di sekolah sejak sebelum negara merdeka lagi dan ianya menjadi mata pelajaran peperiksaan di peringkat tertinggi persekolahan.

Namun, negara tidak mempunyai arkib penyimpanan lukisan kanak-kanak biarpun sejak sebelum zaman merdeka hingga kini bagi tujuan kajian dan perbandingan. Sewajarnya, sebuah arkib diwujudkan bagi tujuan itu.

Cuba anda bayangkan, sekiranya hasil karya datuk atau nenek anda semasa di zaman persekolahan mereka masih lagi dapat dinikmati dan dihargai oleh generasi yang kemudian. Anda bangga? Dan pastinya, anda ingin membuktikannya dengan karya yang lebih baik?

LittleMaster


No comments: